Garisan komunikasi

Garis komunikasi (line of communication, atau communications) ialah laluan yang menghubungkan satu unit tentera yang sedang beroperasi dengan pusat bekalannya.

Bekalan dan pasukan sokongan dihantar melalui garis komunikasi ini. Oleh itu, garis komunikasi yang selamat dan terbuka adalah amat penting untuk memastikan sesuatu pasukan tentera dapat terus beroperasi dengan berkesan. Sebelum adanya telegraf dan radio dalam peperangan, garis komunikasi juga merupakan laluan yang digunakan oleh penghantar utusan menunggang kuda atau berlari untuk menyampaikan dan menghantar arahan serta maklumat pertempuran kepada dan dari panglima unit serta markas utama. Maka, sesebuah unit yang garis komunikasinya telah dikompromi adalah terdedah kepada risiko terasing dan dimusnahkan, kerana ia kehilangan cara untuk meminta bantuan atau bekalan semula. Singkatan rasmi dalam ketenteraan bagi istilah ini ialah LOC. Turut wujud ialah SLOCSea Line of Communication (Garis Komunikasi Laut), GLOCGround Line of Communication (Garis Komunikasi Darat) atau ALOCAir Line of Communication (Garis Komunikasi Udara).


Mengganggu atau memutuskan bekalan dan tenaga bantuan ke unit-unit barisan hadapan ialah salah satu matlamat strategik utama dalam peperangan. Beberapa contoh terkenal termasuk: