Garisan Mannerheim
Garisan Mannerheim (Suomi: Mannerheim-linja, Svensk: Mannerheimlinjen) ialah sebuah garisan kubu pertahanan di Segenting Karel yang dibina Finland untuk menangani ancaman dari Rusia. Sewaktu Perang Musim Sejuk, ia dikenali sebagai Garisan Mannerheim, sempena nama Fil Marsyal Baron Carl Gustaf Emil Mannerheim. Garisan ini dibina dalam dua fasa: 1920–1924 dan 1932–1939. Pembinaan garisan ini masih belum lengkap semasa tercetusnya Perang Musim Sejuk pada bulan November 1939.