Garis nombor
Garis nombor dalam matematik dasar adalah suatu gambar garis lurus di mana setiap titiknya diasumsikan melambangkan suatu nombor nyata dan setiap nombor nyata merujuk pada satu titik tertentu. Sering kali, nombor bulat ditunjukkan dengan lambang titik-titik tertentu yang berjarak sama di sepanjang garis ini.
Misalnya, gambar di bawah ini menunjukkan nombor bulat dari −9 sampai 9. Meskipun demikian, garis ini dapat mencakupi keseluruhan nombor nyata, berkelanjutan tak terhingga di kedua-dua arah, dan juga nombor-nombor tak bertanda yang terdapat di antara nombor-nombor bulat itu. Garis nombor biasanya digunakan sebagai alat bantu dalam mengajar penambahan dan penolakan asas, khususnya yang melibatkan nombor negatif.
Garis di atas dibahagikan kepada dua belah simetri oleh titik sifar ("asalan") yang melambangkan sifar.
Dalam matematik lanjutan, ekspresi "garis nombor nyata" biasanya dipakai untuk melambangkan konsep di atas, iaitu setiap titik pada garis lurus ini melambangkan satu nombor nyata tertentu, dan sebaliknya.