Garis masa matematik
Ini adalah garis masa sejarah matematik tulen mahupun gunaan. Ia dibahagikan kepada tiga perkembangan peringkat yang melibatkan dari segi pembangunan notasi matematik. Peringkat pertama adalah peringkat "retorik" yang diterangkan oleh perkataan sahaja (tiada simbol matematik digunakan pada zaman permulaan matematik dan mereka ini membuat penerangan hanya menggunakan perkataan berjela panjang sahaja). Peringkat kedua pula adalah peringkat "sinkopasi" yang mana kuantiti dan operasi algebra biasa mula diwakili oleh singkatan simbolik (contohnya perkataan tangen yang digunakan pada zaman keemasan Islam diringkaskan menjadi simbol "tan" sahaja). Peringkat ketiga adalah peringkat "simbolik" yang mana sistem notasi matematik yang lebih komprehensif diperkenalkan dalam formula (ax2 + bx + c = 0, diperkenalkan oleh Dunia Kebangkitan Barat dan lebih memudahkan kerja ahli matematik dan orang ramai).