Ganja perubatan
Ganja perubatan ialah ganja dan kanabinoid yang diberikan doktor untuk pesakit mereka merawat penyakit tertentu. Kajian awal menunjukkan bahawa ganja dapat mengurangkan loya dan muntah semasa kemoterapi, meningkatkan selera makan penghidap HIV/AIDS serta mengurangkan kesakitan kronik dan kekejangan otot.
Pengunaan tanaman ini dilazimkan sejak ribuan tahun di banyak budaya seluruh dunia. Namun, perawatan ini tidak meluas zaman moden kerana kurangnya pengujian klinikal ketat disebabkan sekatan pengeluaran dari pemerintah setempat yang membataskan penyelidikan menentukan keselamatan dan keberkesanan penggunaan ganja ini, selain juga kesukaran mengekstrak sebatian kannabinoid tulen tersuling daripada bahan-bahan kimia lain yang diperlukan dalam perawatan sebegini.