Gangguan penglihatan

Gangguan penglihatan atau kehilangan penglihatan ialah penurunan kemampuan untuk melihat pada tahap yang menyebabkan masalah yang memerlukan suatu alat, seperti kaca mata. Beberapa orang yang juga memiliki kekurangan kemampuan untuk melihat kerana tidak memiliki capaian kaca mata atau kanta lekap. Istilah kebutaan diguna pakai untuk kehilangan penglihatan sepenuhnya atau hampir sepenuhnya. Gangguan penglihatan dapat menyebabkan kesukaran dalam aktiviti seharian seperti membaca dan berjalan tanpa latihan atau peralatan.