Game of Thrones (musim 4)

Musim keempat siri televisyen drama fantasi Game of Thrones ditayangkan di Amerika Syarikat di HBO pada 6 April 2014 hingga 15 Jun 2014. Siri ini disiarkan pada Ahad jam 21:00 di Amerika Syarikat dengan jumlah 10 episod, masing-masing berdurasi sekitar 50–60 minit. Musim ini diadaptasi dari separuh kedua A Storm of Swords, serta beberapa bahagian A Feast for Crows dan A Dance with Dragons, novel-novel dalam siri A Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin. Siri ini diangkat ke televisyen oleh David Benioff dan D. B. Weiss. HBO menempah musim keempat pada 2 April 2013. Penggambaran bermula pada Julai 2013 di Irelandi, Irelandi Utara, dan Croatia.