Galungan

Galungan
هاري ݢالوڠن
ᬕᬮᬸᬗᬦ᭄
Hiasan Penjor didirikan di pinggiran jalan-jalan sekitar ibu kota Pulau Bali, Depansar. Sempana Perayaan Galungan
Juga dikenali sebagai
Galungan
Diraikan oleh/di
Hindu Bali
JenisHindu
Upacaraberdoa, ritual keagamaan
TarikhHindu Balinese pawukon
Budha Keliwon Dunggulan
Berkaitan dengan
Pitri Paksha

Hari raya Galungan dirayakan oleh umat Hindu Bali setiap 210 hari, dengan menggunakan perhitungan kalender Bali iaitu pada hari Budha Kliwon Dungulan (Rabu Kliwon wuku Dungulan) sebagai hari kemenangan Dharma (kebenaran) melawan Adharma (kejahatan).

Hari raya Galungan juga dirayakan oleh masyarakat Tengger dengan makna dan cara yang berbeza dari masyarakat Bali, setidaknya hingga pengenalan agama Hindu Dharma ke kawasan Tengger sekitar tahun 1980an.[1] Masyarakat Tengger merayakan Galungan setiap 210 hari sekali di wuku galungan sebagai hari untuk memberkati desa, air, dan masyarakat. Tatacara perayaannya serupa dengan Barikan, sebuah upacara lain yang biasanya dilakukan setiap 35 hari sekali atau setelah bencana seperti gunung meletus, gempa, atau gerhana. Berbeza dengan Barikan, hari raya galungan Tengger sudah tidak dilaksanakan dengan cara Tengger namun telah disatukan dengan perayaan galungan sesuai tatacara Hindu Bali.