Gading sebagai perhiasan

Gading haiwan banyak digunakan sejak zaman-berzaman untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan dari ukiran, gigi palsu hingga ke mainan sekalipun seperti domino Bahan ini boleh didatangkan daripada pelbagai sumber, gajah merupakan haiwan utama yang dicari namun haiwan lain seperti mamot, walrus, badak air, ikan-ikan paus sperma dan kelasa, narwhal serta babi hutan juga digunakan.