Pergabungan Sungai Rhine
Gabungan Rhine | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1806–1813 | |||||||||
Jata | |||||||||
Pergabungan sungai Rhine pada 1812. | |||||||||
| Status | Pergabungan negeri-negeri tuntutan Empayar Perancis Pertama | ||||||||
| Ibu negara | Frankfurt | ||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Jerman, Perancis | ||||||||
| Pelindung | |||||||||
• 1806–1813 | Napoleon I | ||||||||
| Ketua Putera | |||||||||
• 1806–1813 | Karl von Dalberg | ||||||||
• 1813 | Eugène de Beauharnais | ||||||||
| Badan perundangan | Diet Pergabungan | ||||||||
| Era Sejarah | Perang Napoleon | ||||||||
| 12 Julai 1806 | |||||||||
• Empayar Suci Rom dibubarkan | 6 Ogos 1806 | ||||||||
• Pertempuran Leipzig | 4 November 1813 | ||||||||
• Perjanjian Paris | 30 Mei 1814 | ||||||||
| |||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Austria Republik Czech Jerman Itali Liechtenstein Poland | ||||||||
Gabungan Rhine (Jerman: Rheinbund; Perancis: secara rasminya États confédérés du Rhin ("Gabungan Negeri-negeri Rhine"), tetapi secara praktiknya adalah Confédération du Rhin) adalah sebuah gabungan negeri-negeri sekutu dalam Empayar Perancis Pertama. Ia mula diasaskan dengan 16 buah negeri-negeri Jerman oleh Napoleon selepas beliau mengalahkan Austria dan Rusia dalam Pertempuran Austerlitz. Perjanjian Pressburg yang membawa kepada penubuhan Gabungan Rhine, yang mana berlangsung pada tahun 1806 sehingga tahun 1813.
Gabungan 16 buah negeri "raja-raja Jerman" (Fürsten) kemudiannya disertai oleh 19 buah negeri lain daripada Empayar Rom Suci. Pergabungan negeri-negeri tersebut mengandungi lebih daripada 15 juta penduduk dan memberi kelebihan strategik kepada Empayar Perancis di barisan timurnya. Ia dianggap sebagai entiti boneka kepada Maharaja Napoleon oleh negara-negara pihak anti-Perancis.
Bagi mencapai cita-cita Napoleon melalui revolusi pemodenan, beliau mengarahkan para tentera dan bekalan daripada negeri-negeri ini untuk tujuan mendanai kempen peperangan beliau. Napoleon memerlukan negeri-negeri GAbungan ini membekalkan 63,000 orang tentera. Kejayaan Gabungan berdasarkan kejayaan kempen ketenteraan Napoleon dalam pertempuran; di mana ia runtuh setelah Napoleon kalah dalam Pertempuran Leipzig pada tahun 1813.