Gabungan Kanada
| Rencana ini adalah sebahagian daripada siri |
| Sejarah Kanada |
|---|
| Sejarah mengikut tahun |
| Lain-lain dalam topik Kanada |
|
Gabungan Kanada (bahasa Inggeris: Canadian Confederation, Perancis: Confédération canadienne) merupakan suatu badan (entiti/entitas) politik yang pernah wujud dalam Empayar British hasil penggabungan dan penyatuan jajahan-jajahan Provinsi Kanada, Nova Scotia dan New Brunswick di Amerika Utara lalu terbentuknya suatu persekutuan Kanada yang baru. Penggabungan ini dirasmikan pada 1 Julai 1867.
Provinsi Kanada yang lama kemudiannya dibahagikan kepada provinsi-provinsi Ontario dan Quebec yang wujud sehingga hari ini.