Gilbert N. Lewis
Gilbert N. Lewis | |
|---|---|
| Kelahiran | 25 Oktober 1875 Weymouth, Massachusetts |
| Meninggal dunia | 23 Mac 1946 (umur 70) |
| Warganegara | Amerika |
| Terkenal kerana | Ikatan kovalen Struktur Lewiss Teori ikatan valens Asid dan bes Lewis Termodinamik kimia Air berat Istilah foton Huraian pendarfosfor |
| Anugerah | Felo Persatuan Diraja Anugerah Willard Gibbs (1924) Pingat Davy (1929) |
| Kerjaya saintifik | |
| Bidang | Kimia fizik |
| Penasihat kedoktoran | Theodore William Richards |
| Pelajar kedoktoran | Michael Kasha Harold Urey Glenn T. Seaborg Joseph Edward Mayer |
| Pengaruh | Irving Langmuir Merle Randall |
Gilbert Newton Lewis (25 (atau 23) Oktober 1875 – 23 Mac 1946) ialah seorang ahli kimia fizik Amerika. Beliau terkenal dengan penemuannya berkenaan ikatan kovalen dan konsep pasangan elektron, struktur Lewis serta penemuan-penemuan lain yang membentuk teori ikatan kimia moden. Beliau juga menyumbang kepada termodinamik kimia, fotokimia dan pemisahan isotop. Lewis dikenali melalui konsep asid dan besnya. Beliau juga mengkaji kerelatifan dan fizik kuantum, dan mengemukakan istilah 'foton' untuk menghuraikan unit terkecil bagi tenaga cahaya.