Kulat
| Kulat | |
|---|---|
Ikut arah jam dari kiri atas:
| |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Klad: | Obazoa |
| (tanpa pangkat): | Opisthokonta |
| (tanpa pangkat): | Holomycota |
| Alam: | Fungus (L.) R.T.Moore |
| Subalam/Filum | |
| |
Kulat (Jawi: كولت) ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Organisme-organisme sepunya ciri ini dikelaskan dalam suatu alam hidupan tersendiri diberi nama saintifiknya Fungus ([fun.gus], Jawi: فوڠݢوس) setaraf dengan alam-alam tumbuhan, binatang dan protozoa. Bidang kajian mengenai hidupan dalam alam ini disebutkan sebagai mikologi (dari akar kata Yunani: μυκες mykes "lendir" dan λογοσ logos "pengetahuan, lambang").
Kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangan cendawan merupakan industri yang besar di banyak negara. Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dinampak ketika roti lama bercendawan. Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.