Fukuoka SoftBank Hawks

Fukuoka SoftBank Hawks
福岡ソフトバンクホークス
Fail:Softbank hawks logo.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaNippon Professional Baseball
Liga Pasifik (1950–kini)
Japanese Baseball League (1938–1949)
LokasiChūō-ku, Fukuoka, Fukuoka, Jepun
StadiumFukuoka PayPay Dome
Tahun penubuhan22 Februari 1938 (1938-02-22)
Nama gelaranTaka (鷹, helang)
Pennant PL19 (1951, 1952, 1953, 1955, 1959, 1961, 1964, 1965, 1966, 1973, 1999, 2000, 2003, 2010, 2011, 2014, 2015, 2017, 2020)
Kejuaraan Japan Series11 (1959, 1964, 1999, 2003, 2011, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, 2020)
Kejuaraan JBL2 (1946, 1948)
Nama lama
  • Fukuoka Daiei Hawks (1989–2004)
  • Nankai Hawks (1947–1988)
  • Kinki Great Ring (1946–1947)
  • Kinki Nippon Club (1944–1945)
  • Nankai Club (1938–1944)
Stadium lama
  • Heiwadai Stadium (1989–1992)
  • Osaka Stadium (1950–1988)
  • Koshien Stadium (1948–1949)
  • Nankai Nakamozu Stadium (1939–1947)
  • Sakai Ohama Stadium (1938)
WarnaKuning, hitam, putih, kelabu
                   
MaskotHarry Hawk dan the Hawk Family
Kemunculan playoff17 (1973, 2004, 2005, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2022)
PemilikanMasayoshi Son, Yoshimitsu Goto
PengurusanSoftBank Group, Fukuoka SoftBank Hawks Corp.
PengurusHiroshi Fujimoto
Pengurus BesarSugihiko Mikasa
PresidenSadaharu Oh
Laman sesawangsoftbankhawks.co.jp
Seragam

Fukuoka SoftBank Hawks (福岡ソフトバンクホークス, Fukuoka Sofutobanku Hōkusu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang berpusat di Fukuoka. Pasukan ini beraksi di Nippon Professional Baseball (NPB) sebagai anggota Liga Pasifik. Pasukan ini ditubuhkan pada 22 Februari 1938 ketika menggunakan nama Nankai Club pada masa itu. Pasukan ini menjadi pasukan Kansai pertama beraksi di Osaka dan mengubah nama beberapa kali sehingga bersepakat pada nama Nankai Hawks pada tahun 1947. Perubahan pemilikan pada tahun 1988 memaksa pasukan berpindah ke Fukuoka pada tahun 1989. Pasukan ini kemudiannya dikenali sebagai Fukuoka Daiei Hawks sehingga tahun 2005 apabila ia dibeli oleh SoftBank Group, lalu menjadi Fukuoka SoftBank Hawks. Sejak tahun 1993, pasukan Hawks telah bermain di Fukuoka PayPay Dome yang memuatkan 40,000 orang.

Pasukan Hawks sering dianggap sebagai antaar pasukan paling berjaya di Liga Pasifik dan pasukan terkaya dalam kalangan pasukan besbol lain dengan berada di bawah pemilikan SoftBank Group. Pasukan ini merekodkan kemenangan kedua terbanyak dalam kalangan semua sukan di Jepun di belakang Yomiuri Giants. Pasukan Hawks telah beraksi di kejuaraan Japan Series sebanyak 20 kali. Kelab ini juga menjuarai kejuaraan Japanese Baseball League pada tahun 1946 dan 1948 semasa ia beraksi di Osaka. Pasukan Hawks kini berjaya merangkul sebelas kejuaraan Japan Series, termasuk tujuh kejuaraan dalam tempoh antara tahun 2011 dan 2020, 19 pennant Liga Pasifik dan yang terkini pada tahun 2020 serta menjadi pemenang Liga Pasifik kedua terbanyak dan ketiga terbanyak jika di seluruh NPB.

Pernah suatu kala, Hawks mengalami kemarau 35 tahun tanpa kejuaraan di antara tahun 1964 dan 1999 termasuk tempoh 26 tahun dari tahun 1973 sehingga 1999 tanpa kemunculan di Japan Series walaupun selepas berpindah ke Fukuoka. Kemarau tersebut akhirnya berakhir pada tahun 1999 ketika di bawah kendalian pengurus baru dan raja home run, Sadaharu Oh. Di bawah pengurusan Oh (sebagai pengurus dan kemudiannya eksekutif), Daiei dan kemudian SoftBank, Hawks telah memperoleh pembangunan dalaman dan sabremetric yang akhirnya mereka berjaya membina dinasti besbol yang dibarisi pemain seperti Yuki Yanagita, Kodai Senga dan Tsuyoshi Wada. Pasukan ini berjaya merebut kejuaraan Japan Series pada tahun 2003, 2011, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019 dan 2020 sekali gus meletakkan Hawks sebagai pasukan pertama sejak pasukan Yomiuri Giants 1965-1973 yang menjuarai lebih daripada tiga kejuaraan berturut-turut.

Sehingga tahun 2022, rekod pasukan ini secara keseluruhannya ialah 5545-4931-399 (.529). Pengurus pasukan kini ialah Hiroshi Fujimoto dan pemangku CEO organisasi ialah Yoshimitsu Goto.