The Fugees
Fugees
| |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai |
|
| Asal | South Orange, New Jersey, A.S. |
| Genre | |
| Tahun aktif |
|
| Diskografi | Lihat: Fugees discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Anggota | Lauryn Hill Wyclef Jean Pras |
| Bekas anggota | Lauryn Hill Wyclef Jean Pras Michel |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | thefugees |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
The Fugees (kadangkala ditulis sebagai Fugees) ialah kumpulan rap Amerika Syarikat dianggotai oleh Wyclef Jean, Lauryn Hill, dan Pras Michel. Jean dan Michel berasal dari Haiti, manakala Hill berasal dari South Orange, New Jersey. Nama mereka diambil dari perkataan refugees yang bermaksud "pelarian". Album mereka yang paling terkenal ialah The Score, yang menerima pensijilan platinum dari RIAA dan Anugerah Grammy. Selepas album ini dikeluarkan, Hill dan Jean masing-masing memulakan kerjaya solo, sedangkan Michel menulis runut bunyi dan skor filem.
The Fugees telah menjual sebanyak 22 juta rekod di seluruh dunia, dan merupakan salah satu kumpulan hip hop terlaris sepanjang zaman. Pada tahun 2007, MTV menyenaraikan kumpulan ini sebagai salah satu kumpulan hip hop terlaris sepanjang zaman. Bono dari kumpulan U2 menggelar mereka sebagai "hip hop Beatles". Pada tahun 2012, BET menempatkan mereka dalam senarai 'Trio Hip Hop Terhebat' The Fugees telah memenangi pelbagai anugerah, termasuk dua Anugerah Grammy dan Anugerah Brit untuk Kumpulan Antarabangsa.