Fromis 9
Fromis_9 | |
|---|---|
Fromis_9 pada bulan Februari 2024 Kiri ke Kanan, Lee Sae-rom (bekas ahli), Park Ji-won, Roh Ji-sun (bekas ahli), Lee Na-gyung, Lee Seo-yeon (bekas ahli), Baek Ji-heon, Lee Chae-young, Song Ha-young | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Seoul, Korea Selatan |
| Genre | |
| Tahun aktif | 2018–sekarang |
| Diskografi | Lihat: Fromis 9 discography (en) |
| Syarikat rakaman |
|
| Anggota semasa |
|
| Bekas anggota |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | Laman sesawang rasmi |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Fromis 9 (Korea: 프로미스나인; digayakan sebagai fromis_9) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh CJ E&M menerusi rancangan realiti Idol School pada tahun 2017. Kumpulan ini mempunyai lima orang ahli: Song Ha-young, Park Ji-won, Lee Chae-young, Lee Na-gyung, and Baek Ji-heon. Pada asalnya mempunyai sembilan orang ahli, Jang Gyu-ri meninggalkan kumpulan ini pada Julai 2022 dan Lee Sae-rom, Roh Ji-sun dan Lee Seo-yeon meninggalkan kumpulan pada penghujung tahun 2024.
Kumpulan ini memulakan debut pada 24 Januari 2018, dengan pengurusan mereka di bawah Stone Music Entertainment dan arahan kreatif dan pengeluaran muzik mereka di bawah Pledis Entertainment, dengan pengeluaran album mini (EP) pertama mereka, To. Heart. Pengurusan Fromis 9 telah beralih kepada Off the Record Entertainment pada bulan September 2018, sebuah label baharu yang diasaskan oleh Stone Music. Selepas itu, Pledis Entertainment menguruskan kumpulan ini dari 21 Ogos 2021, sehingga kontrak mereka dengan agensi itu berakhir pada 31 Disember 2024. Pada Januari 2025, lima orang ahli kumpulan ini menandatangani kontrak dengan Asnd dan bersedia untuk mengeluarkan muzik baharu pada bulan Jun.