Friendster

Friendster
Fail:New Friendster Homepage.jpg
Halaman utama Friendster
JenisSwasta
Diasaskan2002
Ibu pejabatSydney, Australia
Perancang utama
  • Richard B. Kimber, Ketua Pegawai Eksekutif
  • Andy Spillane, Naib Presiden Kanan, Produk & Teknologi
  • Nimesh Shah, Ketua Pegawai Kewangan
  • David Jones, Naib Presiden, Pengurusan Keluaran Global
  • Ian Stewart, Ketua Asia
  • Aaron Barnes, Naib Presiden, Jualan Global & Pembangunan Perniagaan
  • Ben Dunn, Naib Presiden, Filipina dan Ketua Pengalaman Jenama Global
  • Karin Visnick, Naib Presiden, Operasi Perniagaan
Laman webwww.friendster.com
Kedudukan Alexa139 (3 Disember 2009)
Jenis laman webPerkhidmatan rangkaian sosial
PengiklananIklan sepanduk, iklan konteks, penajaan
Pendaftaranpilihan
Tersedia dalamInggeris, Filipina, Melayu, Vietnam, Thai, Indonesia, Cina (Tradisional dan Ringkas), Korea, Jepun, Sepanyol
Dilancarkan22 Mac 2002
Status terkinitidak aktif

Friendster ialah sebuah laman web rangkaian sosial milik swasta. Ibu pejabatnya terletak di Sydney, Australia. Perkhidmatannya membolehkan penggunanya berhubung sesama sendiri, dan berkongsi kandungan dan media dengan rakan hubungan masing-masing. Tapak web ini juga digunakan untuk bercinta dan mengetahui acara, pemuzik, dan hobi baru. Para pengguna boleh berkongsi video, foto, mesej dan komen dengan satu sama lain melalui profil dan rangkaian mereka.

Friendster digunakan oleh lebih 115 juta pengguna berdaftar dan lebih 61 juta pengunjung unik sebulan di seluruh dunia. Laman-laman webnya pula dilihat kira-kira 19 bilion kali sebulan, maka dimasukannya dalam 100 tapak web global teratas berdasarkan trafik sesawang.

Lebih 90% trafik Friendster datang dari benua Asia, di mana Friendster menikmati bilangan pengunjung unik paling ramai di kalangan semua rangkaian sosial. Sepuluh negara yang paling ramai penduduknya yang mengakses Friendster, mengikut Alexa, tepat pada 7 Mei 2009 ialah: Filipina, Indonesia, Malaysia, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, China, Jepun, Arab Saudi dan India.