Freshies

Freshies
AsalKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop, R&B
Tahun aktif1992–1997
Syarikat rakamanBMG Music Pacific
Bekas anggotaIna
Ejie
Melor
Shima
sunting · sunting di Wikidata

Freshies merupakan sebuah kumpulan pop/rap wanita Malaysia, ditubuhkan pada 1992. Kumpulan ini meraih kejayaan dalam tempoh singkat antara 1992 dan 1997. Sebagaimana kumpulan-kumpulan wanita pada masa itu, mereka membuat persembahan dengan diiringi gerakan tarian yang lincah di atas pentas. Mereka membuat persembahan dengan menyanyi secara live tanpa miming dan inilah kelebihan utama Kumpulan Freshies berbanding kumpulan-kumpulan wanita lain yang muncul pada waktu itu.

Bagaimanapun, populariti kumpulan ini tidak kekal lama apabila mereka berpecah dan membawa haluan masing-masing pada tahun 1996 sebelum sempat merakamkan album ketiga. Pada penghujung 1996, Ina dan Shima telah mencari haluan masing-masing. Shima menjadi pramugari MAS, Ina mengeluarkan album solo, Ejie telah mendirikan rumahtangga bersama bekas pasangannya yang berasal dari Perak di usia muda dan menarik diri dari kumpulan Freshies ketika itu,manakala Melor pula meneruskan kerjaya sebagai penyanyi profesional & menyertai kumpulan NRG di kelab tersohor di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara .Faktor utama perpecahan mereka pada tahun 1996 ialah kerana keinginan memilih untuk membawa haluan sendiri dan bertukar kerjaya. Faktor lain yang menyebabkan perpecahan Freshies ialah apabila terlalu banyak komen negatif mengenai imej mereka berbanding keunggulan mutu muzik dan lagu yang ditampilkan. Kini masing-masing membawa haluan dan sudah berkahwin.