Fresh Off the Boat

Fresh Off the Boat
GenreSitkom
Berdasarkan daripada
Fresh Off the Boat
by Eddie Huang
PenciptaNahnatchka Khan
Dibintangi oleh
Pencerita suara latar
Eddie Huang (musim 1)
Lagu pembukaan"Fresh off the Boat", oleh Danny Brown
PenggubahBo Boddie
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Mandarin
Bilangan musim6
Bilangan episod116
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Nahnatchka Khan
  • Jake Kasdan
  • Melvin Mar
Penerbit
  • Rich Blomquist
  • Eddie Huang
  • Justin McEwen
LokasiOrlando, Florida (Siri dirakam di Los Angeles, California)
Pemasangan kamera
Single-camera
Tempoh siaran30 minit
Syarikat penerbitan
  • Fierce Baby Productions
  • The Detective Agency
  • 20th Century Fox Television
Syarikat pengedaran
20th Television
Penyiaran
Saluran asalABC
Siaran asal4 Februari 2015 (2015-02-04) – Kini
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan
  • Fierce Baby Productions
  • The Detective Agency
  • 20th Century Fox Television

Fresh Off the Boat merupakan siri sitkom Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Hudson Yang, Randall Park, dan Constance Wu. Dicipta oleh Nahnatchka Khan, ia terinspirasi dari kehidupan personaliti makanan dan cef Eddie Huang dan bukunya Fresh Off the Boat. Ia merupakan sitkom televisyen Amerika pertama yang dibintangi oleh keluarga Asia-Amerika yang disiarkan dalam waktu perdana selepas All American Girl, yang keudara hanya untuk satu musim pada tahun 1994. Stailnya sering dibandingkan dengan siri komedi Everybody Hates Chris. Teknik kilas balik dengan narasi suara (musim pertama sahaja) juga menyerupai The Wonder Years.

Rancangan ini telah disiarkan oleh ABC pada 4 Februari 2015. Untuk episod kedua, yang disiarkan selepas Modern Family, telah dipromosi sebagai episod bonus, dan telah keudara pada waktu perdana bermula 10 Februari 2015.

Pada 7 Mei 2015, ABC telah memperbaharui musim kedua Fresh off the Boat untuk 13 episod. ABC mengarahkan sembilan episod tambahan pada 13 November dan dua lagi pada 17 November, menjadikan 24 episod untuk musim kedua.

Pada 3 Mac 2016, ABC mengumumkan pembaharuan musim ketiga dan disiarkan pada 11 Oktober 2016. Pada 12 Mei 2017, ABC sekali lagi memperbaharui musim keempat siri ini dan keudara pada 3 Oktober 2017.