Franz Liszt

Franz Liszt [frants list] (juga Liszt Ferencz [ˈlist ˈfɛrɛnt͡s, list fé-rénts], 22 Oktober 1811 – 31 Julai 1886) ialah seorang penggubah lagu, pemain alat muzik piano dan organ, konduktor, virtuoso dan ahli filantropi dari Hungary. Beliau banyak dikenali atas kepakarannya bermain piano, terutamanya semasa berkembangnya pergerakan Romantisisme.

Beliau banyak terlibat bersama kerja penggubahan muzik oleh orang sezamannya di Eropah termasuk Frédéric Chopin, Richard Wagner, Hector Berlioz, Robert Schumann, Camille Saint-Saëns, Edvard Grieg, Ole Bull, Joachim Raff, Mikhail Glinka dan Alexander Borodin.