Francis Landong
| Maklumat latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Frencis Landong |
| Juga dikenali sebagai | Francis |
| Kelahiran | 4 Oktober 1960 Kg. Katagayan, Tambunan, Sabah. |
| Asal | Tambunan, Sabah |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Penyanyi, Komposer |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1978 – kini |
| Kegiatan berkaitan |
|
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Datin Sendy Gaad |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Datuk Francis Landong (Lahir 10 Oktober 1960) merupakan seorang penyanyi dan komposer di Malaysia. Beliau cukup terkenal di Negeri Sabah dan Sarawak, dengan lagu-lagunya yang menerapkan unsur-unsur seni kreatif iaitu rentak sumazau.
Pertama kali berkecimpung dalam dunia hiburan pada tahun 1978, Beliau berjaya membuat rakaman awal bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Disember tahun tersebut, setahun kemudiannya album pertamanya yang berjudul Nung Noilaan Ko Daa berjaya diterbitkan dalam bentuk kaset. Album tersebut berjaya menaikkan nama beliau sebagai seorang penyanyi popular.
Sepanjang 45 tahun beliau berkecimpung dalam industri seni, beliau telah merakamkan sebanyak 15 album solo dan 12 album kompilasi (berkolaborasi dengan artis-artis tempatan Sabah). Syarikat rakaman milik beliau sendiri iaitu Bamboo Sound Studio (BSS) merupakan antara pemangkin syarikat rakaman di Sabah yang telah berjaya melahirkan ramai penyanyi popular di seluruh Sabah.
Penyanyi yang berasal dari Kg, Katagayan, Toboh, Tambunan ini memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi sejak tahun 1979 dan cukup terkenal dengan lagu Nung Noilaan Ku Daa pada tahun pembabitan beliau dalam industri seni suara. Lebih dari 45 tahun dalam industri seni, kini masih kekal dan aktif dalam bidang nyanyian. Beliau pernah mendapat Anugerah Artis Paling Popular Dusun oleh Huguan Siou KDCA 2015 serta dinobatkan sebagai Juara Carta Lagu Dusun RTM, Sabah VFM Sesi 2009/2010. Beliau mempunyai lebih dari 10 buah album.
Semakin meningkat usia beliau, semakin gigih beliau berusaha untuk menobatkan bahasa ibunda beliau iaitu Kadazandusun dalam dunia seni suara Negeri Sabah. Kita boleh lihat pada hari ini, semakin banyak penggiat seni bertumbuh dengan banyaknya, dengan bakat yang begitu membanggakan nama Sabah, seperti Elica, Elya Guntabid, Rosario Bianis, Hosiani Keewon, Atmosfera, Sharin Amud,dan lain-lain.
Pada tahun 2023 beliau telah dikaruniakan Pingat Darjah Kebesaran daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah atas sumbangan dan penglibatan beliau dalam seni suara yang turut Memartabatkan Bahasa Kadazan-Dusun. Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu PGDK yang membawa gelaran Datuk.