France Télévisions

48°50′20″N 2°16′17″E / 48.83889°N 2.27139°E / 48.83889; 2.27139

France Télévisions
Nama asliFrance Télévisions 
Jenis/bentuk sahSociété anonyme
IndustriPenyiaran awam
Ditubuhkan7 September 1992 (sebagai France Télévision)
1 Ogos 2000 (sebagai France Télévisions SA)
PengasasCatherine Tasca
Jack Lang 
Ibu pejabatFrance Télévisions
7, esplanad Henri de France
75015 Paris
Tokoh pentingDelphine Ernotte (Pengerusi)
Patrice Duhamel (COO)
Keluaran
Perkhidmatan
Hasil 3.087 bilion (2018)
Pendapatan bersih €−89.3 juta (2018)
Jumlah aset 444.5 juta (2018)
PemilikPemerintah Perancis
Bilangan kakitangan11,400
Anak syarikatfrance·tv sport
Tapak webwww.france.tv
www.francetvinfo.fr
sunting · sunting di Wikidata

France Télévisions (Sebutan bahasa Perancis: [fʁɑ̃s televizjɔ̃] — digayakan sebagai france·tv) ialah penyiar televisyen awam Perancis. Ia merupakan sebuah syarikat milik pemerintah negara tersebut hasil penggabungan seberapa saluran televisyen awam iaitu France 2 (dahulunya Antenne 2), France 3 (dahulunya France Régions 3), France 5 (dahulunya La Cinquième) yang bebas, France Ô (dahulunya RFO Sat), dan France 4 (dahulunya Festival).

France Télévisions kini dibiayai oleh pendapatan dari yuran lesen televisyen dan pengiklanan komersial. Undang-undang baru mengenai penyiaran awam akan menghalang pengiklanan komersial di saluran televisyen umum (pada mulanya pada waktu petang, kemudian secara beransur-ansur sepanjang hari).

France Télévisions ialah penyokong inisiatif Hybrid Broadcast Broadband TV (HbbTV) yang mempromosikan dan mewujudkan piawaian terbuka Eropah untuk kotak set-top hibrid untuk penerimaan TV siaran dan aplikasi multimedia jalur lebar dengan antara muka pengguna tunggal dan telah memilih HbbTV untuk berita interaktif, sukan dan perkhidmatan cuaca, dan merancang untuk menambah keupayaan TV dan kemampuan perkongsian media sosial.