François de La Rochefoucauld

François de La Rochefoucauld
Lahir(1613-09-15)15 September 1613
Paris, Negara Beraja Perancis
Meninggal dunia17 Mac 1680(1680-03-17) (umur 66)
Paris, Negara Beraja Perancis
WarganegaraPerancis
GenreEsei
Karya terkenalMemoirs
Maximes
PasanganAndrée de Vivonne
AnakFrançois VII de La Rochefoucauld

François VI, Duc de La Rochefoucauld, Putera Marcillac (Perancis: [fʁɑ̃swa d(ə) la ʁɔʃfuko], [fran-swa dĕ la rosy-fu-ko]; 15 September 1613 – 17 Mac 1680) adalah seorang penulis Perancis yang terkenal atas penulisan maksim dan memoirnya.

Buah fikiran La Rochefoucauld mengenai sifat manusia tertumpu kepada antaranya kebanggaan dan penting diri, megah diri, nafsu dan emosi, cinta, ketulusan, perbualan, dan politik. Hampir kesemua pengkritik Perancis pada abad ke-19 menulis sedikit sebanyak mengenai beliau. Penulisan beliau terutamanya dikagumi Friedrich Nietzsche yang begitu dipengaruhi bukan sahaja etika beliau, tetapi juga gaya penulisannya.