François Jacob

François Jacob (17 Jun 1920 - 19 April 2013) ialah ahli biologi Perancis yang, bersama-sama dengan Jacques Monod, memulakan idea bahawa kawalan tahap enzim dalam semua sel berlaku melalui pengawalan transkripsi. Beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Perubatan 1965 dengan Jacques Monod dan André Lwoff.