Fraktal
Fraktal ialah "bentuk geometri yang kasar atau terserpih" (terbitan kata Latin fractus "pecah" atau "merekah") yang boleh dipecah-pecahkan kepada bahagian tersendiri yang tampak serupa diri pada skala lebih kecil apabila diperhatikan lebih teliti dan dekat secara berlanjutan, tiap kali peringkat kecil baru terwujud dari bahagian pecahan sebelumnya.
Disiplin matematik yang rapi terhadap fraktal berasal dari kajian Karl Weierstrass, Georg Cantor dan Felix Hausdorff terhadap fungsi-fungsi yang analitik tetapi tidak boleh dibezakan. Bagaimanapun, kefahaman ini mula-mula disempurnakan BenoƮt Mandelbrot pada tahun 1975 yang memperkenalkan set yang direkanya.