Fox Film

Fox Film Corporation
Jenis/bentuk sahSyarikat penerbitan filem, studio filem, syarikat penerbitan 
IndustriFilem
Pendahulu
  • Greater New York Film Rental Company
  • Box Office Attraction Film Rental Company
  • Box Office Attractions Company
Ditubuhkan1 Februari 1915 (1915-02-01) di Fort Lee, New Jersey
PengasasWilliam Fox
Dibubarkan31 Disember 1935 (1935-12-31)
NasibDigabung dengan Twentieth Century Pictures
Pengganti20th Century Fox
Ibu pejabatHollywood , Amerika Syarikat 
Anak syarikat
  • Fox-Case Corporation
  • Fox Movietone Corporation
  • Sunshine Comedy
Tapak web
sunting · sunting di Wikidata

Fox Film Corporation ialah sebuah syarikat Amerika yang menerbitkan filem-filem, yang dibuat oleh William Fox pada 1 Februari 1915. Syarikat ini merupakan pengganti Greater New York Film Rental Company dan Box Office Attractions Film Company.

Studio filem pertama syarikat itu ditubuhkan di Fort Lee, New Jersey namun pada 1917, William Fox menghantar Sol M. Wurtzel ke Hollywood, California untuk menubuhkan kemudahan penerbitan Pantai Barat Amerika Syarikat yang baru dari studio tersebut dimana keadaannya lebih baik untuk pembikinan filem. Pada 23 Julai 1926, syarikat itu memegang paten sistem suara Movietone untuk merakamkan suara pada filem.

Selepas Kejatuhan 1929, William Fox kehilangan kawalan ke atas syarikat itu pada 1930. Di bawah presiden baru Sidney Kent, para pemilik baru menggabung syarikat itu dengan Twentieth Century Pictures untuk membentuk 20th Century Fox pada 1935.