Fosfogliserat mutase

Keluarga fosfogliserat mutase
Pengenal pasti
SimbolPGAM
PfamPF00300
InterProIPR013078
PROSITEPDOC00158
SCOP3pgm
SUPERFAMILY3pgm
fosfogliserat mutase 1 (otak)
Pengenal pasti
SimbolPGAM1
Simbol alternatifPGAMA
Gen NCBI5223
HGNC8888
OMIM172250
RefSeqNM_002629
UniProtP18669
Other data
Nombor EC5.4.2.11
LokusKromosom 10 q25.3
fosfogliserat mutase 2 (otot)
Pengenal pasti
SimbolPGAM2
Gen NCBI5224
HGNC8889
OMIM261670
RefSeqNM_000290
UniProtP15259
Other data
Nombor EC5.4.2.11
LokusKromosom 7 p13-p12

Fosfogliserat mutase (PGM) ialah sebarang enzim yang memangkinkan langkah kelapan glikolisis: pemindahan dalaman kumpulan fosfat daripada C-3 kepada C-2 yang mengakibatkan penukaran 3-fosfogliserat (3PG) kepada 2-fosfogliserat (2PG) melalui perantaraan 2,3-bifosfogliserat. Enzim ini dikategorikan kepada dua kelas berbeza, bergantung kepada kofaktor (dPGM) atau bebas kofaktor (iPGM). Enzim dPGM (EC 5.4.2.11) terdiri daripada kira-kira 250 asid amino dan terdapat dalam semua vertebrat serta dalam beberapa invertebrat, kulat dan bakteria. iPGM (EC 5.4.2.12) pula ditemui dalam semua tumbuhan dan alga serta dalam beberapa invertebrat, kulat, dan bakteria positif Gram. Kelas enzim PGM ini berkongsi superkeluarga yang sama dengan fosfatase alkali.