Fosfogliserat kinase

Fosfogliserat kinase
Pengenal pasti
Nombor EC2.7.2.3
Nombor CAS9001-83-6
Pangkalan data
IntEnzLihat IntEnz
BRENDAEntri BRENDA
ExPASyLihat NiceZyme
KEGGEntri KEGG
MetaCycLaluan metabolik
PRIAMProfil
Struktur PDBRCSB PDB
PDBj
PDBe
PDBsum
Ontologi genAmiGO / EGO
Fosfogliserat kinase
Struktur fosfogliserat kinase yis.
Pengenal pasti
SimbolPGK
PfamPF00162
InterProIPR001576
PROSITEPDOC00102
SCOP3pgk
SUPERFAMILY3pgk

Fosfogliserat kinase (EC 2.7.2.3) (PGK 1) ialah enzim yang memangkinkan pemindahan berbalik kumpulan fosfat daripada 1,3-bisfosfogliserat (1,3-BPG) kepada ADP lalu menghasilkan 3-fosfogliserat (3-PG) dan ATP:

1,3-bisfosfogliserat + ADP ⇌ gliserat 3-fosfat + ATP

Seperti semua kinase, ia merupakan sebuah transferase. PGK ialah satu enzim utama yang digunakan dalam glikolisis, dan bertanggungjawab bagi langkah penjanaan ATP pertama bagi laluan glikolisis. Dalam glukoneogenesis, tindak balas yang dimangkinkan oleh PGK berjalan ke arah yang bertentangan, menghasilkan ADP dan 1,3-BPG.

Pada manusia, dua isozim PGK telah dikenal pasti setakat ini: PGK1 dan PGK2. Isozim mempunyai 87-88% keserupaan jujukan asid amino, dan walaupun ia serupa dari segi struktur dan fungsi, ia mempunyai penyetempatan yang berbeza: PGK2 yang dikodkan oleh gen autosom, adalah unik kepada sel spermatogenesis dalam meiosis dan pascameiosis, manakala PGK1 yang dikodkan di kromosom X, wujud merata dalam semua jenis sel.