Fosfofruktokinase

Fosfofruktokinase
Pengenal pasti
SimbolPpfruckinase
PfamPF00365
InterProIPR000023
PROSITEPDOC00336

Fosfofruktokinase (phosphofructokinase, PFK; kinase fosfofruktosa) ialah enzim pengehad kadar dalam laluan glikolisis, dan bertanggungjawab dalam langkah ketiga glikolisis: penambahan kumpulan fosforil pada molekul fruktosa 6-fosfat. Enzim ini dipengaruhi oleh faktro alosterik. Dalam kebanyakan sel, AMP dan ADP ialah pengaktif fosfofruktokinase, manakala ATP ialah perencatnya.