Fonotaktik

Fonotaktik (Greek, phone = "suara" dan tactic = course) ialah cabang fonologi yang berkenaan dengan pengehadan terhadap gabungan fonem yang dibenarkan dalam sesebuah bahasa. Ia mentakrifkan struktur suku kata, gugus konsonan, dan urutan vokal yang dibenarkan menerusi kekangan fonotaktik.

Kekangan fonotaktik adalah khusus bahasa. Misalnya, dalam bahasa Jepun, gugus konsonan seperti /st/ tidak dibenarkan, walaupun ia dibenarkan dalam bahasa Inggeris. Serupa juga, bunyi /kn/ dan /ɡn/ tidak dibenarkan di pangkal perkataan Inggeris Moden tetapi dibenarkan dalam bahasa Jerman dan bahasa Belanda, serta juga pernah dibenarkan dalam bahasa Inggeris Lama dan bahasa Inggeris Pertengahan.

Suku kata mempunyai struktur segmen dalaman seperti yang berikut:

  • Onset (tidak wajib)
  • Rima (wajib, terdiri daripada Nukleus dan Koda):
    • Nukleus (wajib)
    • Koda (tidak wajib)

Kedua-dua onset dan koda boleh tidak wujud lalu menghasilkan membentuk suku kata vokal sahaja atau sebaliknya, nukelus boleh diduduki oleh satu konsonan suku kata.