Trak angkat susun

Trak angkat susun, trak angsun, jenangkut atau forklif (bahasa Inggeris: forklift) ialah jentera industri berkuasa yang digunakan untuk mengangkat dan memindahkan barangan. Trak angsun moden dibangunkan pada tahun 1920-an oleh pelbagai syarikat berbeza termasuklah Clark Material Handling Company dan Yale Materials Handling Corporation. Semenjak itu, trak angsun menjadi satu alat penting dalam operasi pembuatan dan pergudangan.