Flotila U-bot 1
| Flotila Kapal Selam Pertama | |
|---|---|
| Aktif | Ditubuhkan 1935, Dibubarkan 1944 |
| Negara | Jerman Nazi |
| Cawangan | Kriegsmarine |
| Jenis | Flotila U-boot |
| Pangkalan | Kiel, Brest |
| Nama samaran | Flotila Weddigen |
| Komander | |
| Komander terkenal | Fregattenkapitän Karl Dönitz |
Flotila U-bot 1 (Jerman 1. Unterseebootsflottille) juga dikenali sebagai Flotila Weddigen, merupakan unit operasi pertama U-boot dalam Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi. Ditubuhkan pada 27 September 1935 dibawah pemerintahan Fregattenkapitän Karl Dönitz, ia dinamakan sempena Kapitänleutnant Otto Weddigen. Weddigen, seorang komander U-bot semasa Perang Dunia I, terkorban pada 18 Mac 1915 selepas kapal selamnya U-29 dirempuh oleh kapal tempur British HMS Dreadnought di Laut Utara.
Flotila ini pada awalnya terdiri daripada U-9, sejenis kapal selam Kelas IIB yang ditauliahkan pada 21 Ogos 1935. Kemudian, kapal selam U-1 hingga U-12 dimasukkan kedalam flotila, tetapi U-1 hingga U-6 hanya digunakan sebagai kapal selam latihan dan dihantar ke maktab latihan U-bot di Neustadt. Pada asalnya berpangkalan di Kiel dari September 1935-Mei 1941, ia kemudian dipindahkan ke Brest, Perancis pada Jun 1941. Pada September 1944, flotila ini dibubarkan dan kapal-kapal selamnya yang tinggal diagihkan ke flotila yang lain.