Fitopemulihan

Fitopemulihan atau fitoremediasi (menggabungkan akar-akar bahasa Yunani φυτο phyto "tumbuh-tumbuhan" dan bahasa Latin remedium "memulihkan") memerihalkan pengolahan masalah persekitaran (biopemulihan) menerusi penggunaan tumbuh-tumbuhan untuk mengurangkan masalah tersebut tanpa menggali bahan kontaminasi dan melupuskannya di tempat yang lain.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kepekatan bahan pencemar di dalam tanah, air, atau udara yang dicemari dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan yang berupaya mengawal, mendegradasikan, atau menghapuskan logam, pestisida, pelarut, bahan letupan, minyak mentah dan terbitan-terbitannya, serta pelbagai bahan kontaminasi yang lain, daripada bahantara yang mengandunginya.