Filem biografi

Filem biografi atau biopik ialah filem yang mengisahkan kehidupan seseorang atau orang bukan fiksyen atau berdasarkan sejarah. Filem sebegini memaparkan kehidupan seseorang yang bersejarah dan nama sebenar watak utama digunakan. Ia berbeza daripada filem dokumentari dan filem drama sejarah kerana konsep filem ini menceritakan secara komprehensif kisah hidup seseorang atau sekurang-kurangnya tahun paling penting dalam sejarah kehidupan mereka.