Fetisyisme

Fetisyisme (Jawi: فيتيشيسمى; juga fetisisme disebut [fé.ti.sis.mĕ], bahasa Inggeris: fetishism) adalah kepercayaan terhadap adanya kekuatan sakti dalam benda tertentu yang dimiliki (bahasa Inggeris: fetish pinjaman Portugis: feitiço, lit.'sihir, tangkal' turunan Latin: facticius, lit.'buatan' atau facere, "membuat" melalui Perancis: fétiche) serta segala kegiatan yang mempergunakan benda-benda sedemikian dalam ilmu ghaib.

Pengungkapan tersebut kini telah beralih makna menggambarkan keghairahan syahwat yang dialami yang dialami apabila didedahkan kepada benda-benda yang kaku mati atau bahagian dari tubuh seseorang lagi-lagi milik jenis kelamin berlawanan, misalnya seorang lelaki yang tertarik kepada pakaian dalam, kasut, sarung kaki atau rambut perempuan.