Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia
| Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia | |
|---|---|
| Status | Aktif |
| Genre | Festival Muzik |
| Kekerapan | Tahunan |
| Tempat | Perkampungan Kebudayaan Sarawak |
| Lokasi | Kuching, Sarawak, Malaysia |
| Koordinat | 1°44′57.1″N 110°18′57.9″E / 1.749194°N 110.316083°E |
| Negara | Malaysia |
Tahun aktif | 1998–kini |
Dianjurkan oleh | Lembaga Pelancongan Sarawak |
| sunting | |
Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia, (bahasa Inggeris: Rainforest World Music Festival; sering disingkatkan kepada RWMF), ialah festival muzik tahunan yang meraikan kepelbagaian muzik dunia. Ia diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia dengan bengkel muzik, pertunjukan, kebudayaan, pameran kraftangan, gerai-gerai makanan, dan konsert malam utama. Ia kini merupakan salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dengan jumlah penonton menghampiri 30,000.