Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia
StatusAktif
GenreFestival Muzik
KekerapanTahunan
TempatPerkampungan Kebudayaan Sarawak
LokasiKuching, Sarawak, Malaysia
Koordinat1°44′57.1″N 110°18′57.9″E / 1.749194°N 110.316083°E / 1.749194; 110.316083
NegaraMalaysia
Tahun aktif
1998–kini
Dianjurkan oleh
Lembaga Pelancongan Sarawak
sunting

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia, (bahasa Inggeris: Rainforest World Music Festival; sering disingkatkan kepada RWMF), ialah festival muzik tahunan yang meraikan kepelbagaian muzik dunia. Ia diadakan di Kuching, Sarawak, Malaysia dengan bengkel muzik, pertunjukan, kebudayaan, pameran kraftangan, gerai-gerai makanan, dan konsert malam utama. Ia kini merupakan salah satu festival muzik terbesar di Malaysia dengan jumlah penonton menghampiri 30,000.