Fernando Llorente

Fernando Llorente
Maklumat peribadi
Nama penuh Fernando Javier Llorente Torres
Tarikh lahir (1985-02-26) 26 Februari 1985
Tempat lahir Pamplona, Sepanyol
Ketinggian 1.95 m (6 ka 5 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor 9
Kerjaya remaja
1994–1995 Funes
1995–1996 River Ebro
1996–2003 Athletic Bilbao
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Basconia 33 (12)
2004–2005 Bilbao Athletic 16 (4)
2005–2013 Athletic Bilbao 262 (85)
2013–2015 Juventus 66 (23)
2015–2016 Sevilla 23 (4)
2016–2017 Swansea City 33 (15)
2017–2019 Tottenham Hotspur 36 (2)
2019– Napoli 3 (2)
Pasukan kebangsaan
2003 Sepanyol B17 3 (2)
2005 Sepanyol B20 4 (5)
2005–2006 Sepanyol B21 9 (5)
2008– Sepanyol 24 (7)
2005–2007 Negara Basque 5 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 September 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 19 November 2013

Fernando Javier Llorente Torres (Sebutan Sepanyol: [feɾˈnando ʎoˈɾente ˈtorːes]; lahir 26 Februari 1985), digelar El Rey León ("The Lion King" dalam bahasa Sepanyol) merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Beliau memulakan kariernya bersama kelab Athletic Bilbao sejak dari akademi sebelum diberi peluang untuk melakukan penampilan sulung bersama skuad senior pada tahun 2005. Beliau seterusnya menjadi tonggak utama pasukannya selama beberapa musim. 29 jaringan golnya dalam semua kejohanan ketika musim 2011–12 telah meletakkan reputasinya sebagai seorang "legenda Bilbao". Beliau berpindah ke Juventus pada tahun 2013 dan memenangi kejuaraan Serie A dua kali berturut-turut. Kemudian, beliau kembali ke Sepanyol untuk menyertai Sevilla sebelum berpindah ke Swansea City pada tahun 2016 dan diikuti Tottenham Hotspur pada tahun 2017.

Seorang pemain antarabangsa Sepanyol sejak tahun 2008, Llorente merupakan sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia 2010 serta UEFA Euro 2012.