Fernand Braudel

Fernand Braudel (24 Ogos 1902 – 27 November 1985) merupakan sejarahwan Perancis selepas era selepas perang dan pemimpin "Annales School". Pengajiannya menumpu kepada tiga projek besar, setiap satu mewakili beberapa dekad kajian teliti: "The Mediterranean" (1923–49, kemudian 1949–66), "Civilization and Capitalism" (1955–79), dan yang tidak siap "Identity of France" (1970–85). Reputasinya sebahagiannya datangnya dari penulisannya, tetapi lebih penting lagi daripada kejayaannya menjadikan Bidang Annales ("Annales School") enjin penyelidikan sejarah penting di Perancis dan kebanyakan bahagian dunia selepas 1950. Sebagai pemimpin berpengaruh dalam pesejarahan bidang Annales ("Annales School") pada 1950-an dan 1960-an, dia memiliki pengaruh besar dalam penulisan sejarah di Perancis dan negara-negara lain.

Braudel dianggap sebagai salah seorang di antara sejarawan moden yang teragung yang menekankan peranan faktor sosial ekonomi besar-besaran dalam membentuk dan mengisahkan sejarah Dia juga boleh di anggap sebagai awalan kepada pendekatan sistem Dunia.