Feng Syui
Feng Syui merupakan sistem estetika Cina kuno yang dipercayai menggunakan hukum-hukum samawi (astronomi) dan bumi (geografi) untuk membantu para penghuni sesebuah lokasi atau kediaman memperbaiki hidup secara menerima aliran qi positif. Sebarang tapak yang dianggap penuh tuah ditentukan (bergantung kepada jenis ilmu yang diamalkan) melalui rujukan kepada ciri persekitaran setempat seperti jasad air (sungai, tasik dan sebagainya) mahupun arah ditunjukkan bintang atau pun kompas.
Nama asal ilmu ini ialah Kan Yu. Perkataan 'Feng Syui' yang lebih diketahui umum secara harfiahnya diterjemah bermaksud "angin-air"; istilah ini dipetik dari satu rangkap dalam buku Zangshu (bahasa Cina: a.t 葬書, a.r 葬书, p Zàngshū) yang dikarang oleh Guo Pu ketika zaman Dinasti Jin: <
Qi (udara) menaiki angin lalu menyerak, tetapi disimpan apabila ditemukan air.
Ramai pengikut moden mengakui bahawa feng syui ialah amalan menyusun benda (seperti perabot) untuk membantu kita mencapai matlamat. Jika diikutkan secara lebih tradisi, feng syui adalah penting dalam pemilihan tempat tinggal, tempat persemadian dan perancangan pertanian.