Felipe VI dari Sepanyol

Felipe VI
Raja Sepanyol
Pemerintahan19 Jun 2014 – kini
Penabalan19 Jun 2014
Didahului olehJuan Carlos I
Waris sahLeonor, Puteri Asturias
Perdana MenteriPedro Sánchez
Keputeraan (1968-01-30) 30 Januari 1968
Madrid, Sepanyol
PasanganLetizia Ortiz Rocasolano (2004–kini)
AnakandaLeonor, Puteri Asturias
Infanta Sofía
Nama penuh
Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos los Santos de Borbón y Grecia
KerabatWangsa Bourbon
AyahandaJuan Carlos I dari Sepanyol
BondaSophia dari Greece dan Denmark
AgamaGereja Roman Katolik

Felipe VI (Sebutan Sepanyol: [feˈlipe]; lahir di Madrid, Sepanyol, 30 Januari 1968; umur 57 tahun, ditansir sebagai Felipe Juan Pablo Alfonso de Todos los Santos de Borbón y Grecia) ialah Raja Sepanyol kini, mewarisi takhta tersebut pada 19 Jun 2014 selepas ayahandanya Juan Carlos I turun takhta. Sebagai pewaris sah takhta sebelum ini, baginda memakai gelaran Putera Asturias, dan menyokong kerja-kerja kedermawanan dan galakan persahabatan antarabangsa antara negara di mana bahasa Sepanyol dituturkan.

Sesuai dengan Perlembagaan Sepanyol, sebagai raja, baginda ialah ketua negara dan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Sepanyol, dan juga memainkan peranan menggalakkan hubungan dengan Ibero-Amerika yakni "negara-negara masyarakat bersejarahnya". Isteri baginda ialah Ratu Letizia. Mereka mempunyai dua puteri, yang sulung Leonor, Puteri Asturias, ialah waris sah baginda.