Felda Sungai Tengi
FELDA Sungai Tengi ialah salah sebuah tanah rancangan di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Ia terletak di Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, dalam daerah Hulu Selangor, Selangor, dan menjadi sebahagian daripada FELDA Wilayah Trolak.