Felda Soeharto
FELDA Soeharto atau Kampung Soeharto ialah sebuah pekan di 44010 Kuala Kubu Bahru,Hulu Selangor Selangor, Malaysia. Felda Soeharto terletak di bawah pentadbiran Felda Wilayah Trolak.
Luasnya 2909.35 hektar dan penerokanya seramai 119 orang dan bertambah kepada 635 orang. Tanaman utama ialah kelapa sawit. Sebahagian Felda Soeharto ini bermukadi Hulu Bernam,Tanjung Malim,Perak.
Felda ini berhampiran dengan sempadan Selangor/Perak yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Felda ini bersebelahan dengan kampung tradisional Melayu, Kampung Gedangsa,Sungai Dusun. Kampung Gesir,Kampung Seberang, Seri Keledang, dan FELDA Sungai Tengi .Kawasan ini menerima skim pengairan Sungai Bernam dan Sungai Panjang.