Fedora (sistem pengendalian)

Fedora
Fedora 34 dengan GNOME 3.38
Maklumat umum
EponimFedora
Jenis sistemFree operating system (en) dan Edaran Linux
Keluarga sistemAla Unix
PembangunFedora Project,
(ditaja oleh Red Hat, Inc.)
Keadaan kerjaKini
Model sumberPerisian bersumber bebas dan terbuka (dengan pengecualian)
Keluaran awal2003-11-16 Ia telah dikodnamakan Yarrow. Fedora Core 1 adalah berdasarkan Red Hat Linux 9 dan diedarkan dengan versi inti Linux 2.4.19, versi persekitaran atas meja GNOME 2.4, dan K Desktop Environment 3.1.
Keluaran terkini34 / 28 April 2020 (2020-04-28)
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Berbilang bahasa
Didahului olehRed Hat Linux
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
DNF (PackageKit)
Pengurus pakejRPM Package Manager
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
i386, amd64
Jenis intiMonolitik (Linux)
Ruang penggunaGNU
Antara muka
pengguna
lalai
GNOME
LesenPelbagai lesen perisian bebas, serta blob-blob perduaan berhak milik.
Pautan berkaitan
Tapak webwww.fedoraproject.org
Bloghttps://communityblog.fedoraproject.org
sunting ยท sunting di Wikidata

Fedora Linux ialah edaran Linux yang dibangunkan oleh Projek Fedora. Edaran ini adalah versi bebas bagi RHE Linux. Fedora menggunakan pengurus pakej RPM Package Manager.

Salah satu objektif utama Fedora ialah bukan sahaja diisi dengan perisian yang diedarkan di bawah lesen bebas dan sumber terbuka, malah mahu menjadi pendahulu bagi teknologi-teknologi sebegitu. Para pembangun Fedora lebih suka membuat perubahan upstream berbanding membuat pembaikan khusus untuk fedora sahaja, lantas memastikan kemaskinian mereka dapat diperolehi oleh semuah edaran Linux.

Jika dibandingkan dengan sistem pengendalian bukan Linux yang lebih arus perdana, kitar hayat Fedora adalah lebih pendek. Versi X akan diselenggara sehingga sebulan selepas versi X+2 dibebaskan. Dengan sela 6 bulan antara keluaran, tempoh penyelenggaraannya amat pendek, yakni 13 bulan bagi setiap versi. Hatta boleh menimbulkan masalah bagi mereka yang ingin menggunakan versi tertentu Fedora untuk pembangunan produk (contohnya sistem terbenam), di mana sokongan jangka panjang adalah lebih penting berbanding menyelenggara semakan termaju perisian tertentu.

Pada tahun 2008, Linus Torvalds, pengarang inti Linux, menyatakan bahawa dia menggunakan Fedora kerana ia mempunyai sokongan yang agak bagus untuk senibina pemproses PowerPC, yang digemarinya pada ketika itu.

Menurut DistroWatch, Fedora merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang ketiga terpopular dari November 2011, berada di belakang Mint dan Ubuntu, di samping disenaraikan sebagai edaran Linux berasaskan RPM yang terpopular.