FedEx Express

FedEx Express
IATA ICAO Pengenal
FX FDX FEDEX
Ditubuhkan18 Jun 1971 (1971-06-18) (sebagai Federal Express)
Bermula operasi17 April 1973
AOC #FDEA140A
Hab"SuperHub"
  • Memphis

Asia Pasifik

Kanada

  • Toronto–Pearson

Eropah Tengah/Selatan

Eropah Tengah/Barat

  • Cologne/Bonn
  • Paris–Charles de Gaulle
  • Liège

Timur Tengah

Amerika Syarikat

Pusat Kebangsaan

  • Indianapolis

Pusat Serantau

  • Anchorage
  • Fort Worth–Alliance
  • Greensboro
  • Miami
  • Newark
  • Oakland
Pesawat388 (armada utama) 284 (armada kontrak)
Destinasis. 375
Syarikat indukFedEx Corporation
Ibu pejabatMemphis, Tennessee, Amerika Syarikat
Orang pentingDonald F. Colleran, Presiden dan CEO Pembahagian Ekspres

Federal Express Corporation, menjalankan perniagaan sebagai FedEx Express, atau dahulu dikenali sebagai Federal Express, ialah sebuah syarikat penerbangan kargo yang beribu pejabat di Memphis, Tennessee, Amerika Syarikat. Pada tahun 2017, syarikat ini merupakan syarikat penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah kargo yang diterbangkan dan syarikat penerbangan terbesar kesembilan di dunia dari segi jumlah armada. Ia merupakan anak syarikat FedEx Corporation, menghantarkan paket dan kargo ke lebih dari 375 tujuan yang tersebar di enam benua setiap hari.

Ibu pejabatnya terletak di Memphis, dengan "SuperHub" globalnya terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Memphis. Di Amerika Syarikat, FedEx Express memiliki pusat kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis. Sementara pusat serantau terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage, Lapangan Terbang Antarabangsa Oakland, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, Lapangan Terbang Fort Worth Alliance, Lapangan Terbang Antarabangsa Piedmont Triad, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Miami. Manakala pusat serantau antarabangsanya terletak di Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson, Lapagan Terbang Cologne Bonn, dan Lapangan Terbang Liège. Terdapat 12 pusat kargo udara dalam rangkaian antarabangsa milik syarikat ini. Slogan syarikat ini ialah 'The World On Time'.