Faye Faire
Faye Faire ialah sebuah kumpulan rock Malaysia dari Kuala Lumpur. Kumpulan ini main muzik folk-rock dan telah terbentuk pada tahun 2022. Pada mulanya, anggota termasuk Alena Nadia (vokal/gitar/keyboard), I-Shan Esther (vokal/gitar/keyboard), Azim Zain (bass/gitar) dan Isra Gomez (drums).
Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Bahasa Inggeris. Walaupun usaha terawal mereka tertumpu dengan genre pop rock dengan lagu mereka “Telephone”, mereka kemudian mula bereksperimen dengan vocal harmonies (yang lebih dijumpa dalam genre folk-rock) - terutamanya daripada Alena dan I-Shan, penyanyi-penyanyi utama kugiran Faye Faire.
Single keduanya "Siren" dikeluarkan pada Disember 2023 dan naik ke puncak carta radio Malaysia di Rakita 107.9FM selama empat minggu berturut-turut, dan telah disenarai pendek dalam kategori Top 30 Rock untuk Anugerah Lagu Indie 2023.
Band ini menamakan The Beatles, Simon & Garfunkel, Radiohead, Elliott Smith, dan Boygenius sebagai pengaruh utama mereka.
Faye Faire melancarkan album In My Mind pada 15 Februari 2024, sebagai tribute kepada I-Shan Esther, selepas kematiannya pada Jun 2023.
Dalam album In My Mind, penulis lagu utama Alena dan I-Shan mempamerkan sepuluh lagu dalam album itu, dengan pengaruh pop, rock dan folk-rock. Gig pelancarannya di fono, Kuala Lumpur habis dijual dalam tempoh masa beberapa hari selepas pengumuman album itu.