Fatwa Osama bin Laden

Pada Ogos 1996, Osama bin Laden menulis satu fatwa, dan menandatangani satu lagi fatwa yang lebih ringkas di samping pihak lain pada Februari 1998. Kedua-dua fatwa itu mula disiarkan dalam akhbar berbahasa Arab yang berpangkalan di London, iaitu Al-Quds Al-Arabi.

Pada masa itu, bin Laden belum menjadi buronan di mana-mana kecuali negara asalnya iaitu Arab Saudi, dan belum diketahui sebagai ketua pertubuhan pengganas antarabangsa, al-Qaeda. Oleh itu, fatwa-fatwa ini tidak banyak mencuri perhatian umum sehinggalah selepas kejadian pengeboman Kedutaan Amerika Syarikat pada Ogos 1998 yang menyebabkan bin Laden didakwa. Dakwaan itu menyentuh fatwa pertama, serta mengaku bahawa Khalid al-Fawwaz, daripada Jawatankuasa Nasihat dan Reformasi bin Laden di London, terlibat dalam penyampaian fatwa itu kepada akhbar.