Fatah Ngah

Abdul Fattah bin Ngah atau nama penanya Fatah Ngah (1953 – 5 Februari 2023) ialah seorang pelukis dan kartunis Malaysia. Beliau cukup sinonim dengan karyanya A. Mahmud dan Lagak A. Mahmud.

Fatah Ngah
Kelahiran
Abdul Fattah bin Ngah

1953 (1953)
Meninggal dunia5 Februari 2023(2023-02-05) (umur 69–70)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun, Terengganu
PekerjaanPelukis, kartunis
Tahun aktif1978–2023

Fatah Ngah berasal dari Dungun, Terengganu serta merupakan sahabat karib Kerengge. Fatah Ngah dibesarkan dalam keluarga yang meminati seni, anak seorang guru pelawat. Kedua-dua orang adik beliau, Abdul Jalil bin Ngah merupakan pengarah seni sementara penggubah lagu terkenal "Sekadar Di Pinggiran", Manan Ngah. Fatah pernah menjadi ilustrator komik Medan Pelajar, Bambino dengan penerbitan majalah Gila-Gila.