Farsakh
Farsakh (Jawi: فرسخ, bahasa-bahasa Parsi dan Arab: فَرسَخ) atau persangga (disebut [pĕr.sang.ga], Jawi: ڤرسڠݢ dari Parsi: فرسنگ farasang) ialah unit jarak berjalan kaki yang mula diwujudkan di Iran dengan kadar yang berbeza-beza mengikut rupa bumi dan kelajuan perjalanan.
Satuan ini dihitung sama ada bersamaan kira-kira 3 hingga 3½ batu (4.8 hingga 5.6 kilometer), 3¾ batu, bahkan sampai sejauh 4 batu 17 ela (8 kilometer). Jarak farsakh bersamaan 3 batu sering digunakan sebagai padanan kepada ukuran Romawi leuga (bahasa Inggeris: league) yang digunakan masyarakat Barat.