Farit Ismeth Emir

Farit Ismeth Emir
فاريت يسمىث ايمير
Kelahiran26 Oktober 1954
Meninggal dunia20 April 2020(2020-04-20) (umur 65)
Sebab kematianKanser
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Ismail Taman Medan (KPS4), Petaling Jaya
Nama lainPak Ngah
PekerjaanPenyampai berita televisyen RTM
Tahun aktif1980–2020
PasanganNoor Ashikin Binti Othman (sehingga kematiannya)
Anak-anak
  • Farzwa De-Attaher Emir (DJ Fuzz)
  • Farzreeq De-Attaher Emir (Kalashnikov)
  • Farzeera Ezir Emir
  • Farzefreena Najwa Emir

Farit Ismeth Emir (26 Oktober 1954 – 20 April 2020) merupakan seorang penyampai berita Malaysia, terkenal sebagai penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Beliau pernah menyumbangkan suaranya dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa beliau, “Gaya, mutu dan keunggulan” amat popular ketika itu. Beliau berkahwin dengan Noor Ashikin Othman dan dikurniakan 4 orang anak. Anak beliau, Farzwa De-Attaher Emir atau dikenali sebagai DJ Fuzz ialah seorang DJ, pemuzik dan komposer terkenal.